Wednesday 22 May 2013

Vlog



Our vlog for web
Do watch and comment for future improvement..TQ

Note:Feel free to like and share

Tuesday 23 April 2013

Tips Memilih Alat Permainan bagi Anak anda

Ibu Bapa mana yang tidak syangkan anak! itulah kata-kata yang adakalanya memakan diri..Jika dilihat dunia masa kini kanak-kanak adalah aset yang penting bagi pengeluar alat permainan mengaut keuntungan berganda, ini kerana setiap hari pasti ada saja ibu yang mengandung dan anak yang dilahirkan.

Strategi pemasaran sememangnya bijak memanipulasikan minda kanak-kanak dan ibubapa, ia selalunya bermusim dan mencipta inovasi-inovasi baru dalam permainan. Sebagai orang yang lebih dewasa, kita tidak boleh menghalang lumrah kanak-kanak untuk bermain kerana itu adalah semulajadi dan membantu perkembangan mereka NAMUN harus diingat, kitalah yang patut mencorakkan apa yang terbaik untuk anak-anak ini. Jangan kerana terlalu mengikut kata anak kita jadi cetek minda untuk menilai apa yang menjadi keutamaan iaitu KESELAMATAN anak tersebut.

Disini Ku ingin kongsikan Tips bagaimana memilih permainan untuk kanak-kanak, mengkin banyak lagi yang perlu diteliti namun biar sedikit tapi bermanfaat daripada banyak tapi tak dipandang.. :p

JANGAN!!!
  • Beli Alat mainan yang kecil, senang ditelan atau disedut melalui hidung 
  • Beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal
  • Beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
  • Membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan kanak-kanak tercekik.
  • Beli mainan yang mempunyai toksik kerana boleh meracuni mereka.
SILA!!!
  • Baca label pada permainan sebelum membelinya.
  • Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
  • Pastikan Alat mainan tidak boleh pecah serta meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
  • Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
  • Pastikan Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. 
  • Pastikan Alat permainan boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
  • Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
Semoga ia dapat membantu ibubapa diluar sana memilih alat permainan yang sesuai untuk anak anda, Ingatlah Jangan hanya cantik diluar tapi Rosak didalamnya ok!


Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pastikanpermainankanak-kanakadatandaMC//Article/article_print
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/178-kepenggunaan/5429-ada-alat-permainan-kanak-kanak-gugat-keselamatan.html
http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pilih-permainan-selamat-1.10918

Mengapa Alat Permainan penting bagi kanak-kanak?

Alat Permaianan adalah sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak ibarat "Dimana Ada Gula, Disitu Ada Semut". Adalah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak untuk merasa menikmati pengalaman bermain dengan alat permainan, seandainya kebebasan ini disekat maka berkemungkinan akan berlaku gangguan dalam perkambangan dan tumbesaran meraka pada masa akan datang.

Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Kanak-kanak boleh mencipta dunianya sendiri melalui permainan malahan permainan juga adalah salah satu cara atau bahan yang membantu dalam perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. Bagi bayi berumur 6 bulan hingga 4 tahun, adalah menjadi suatu kemestian dalam diari harian mereka untuk berdamping atau bermain dengan permainan. Kanak-kanak pada peringkat ini adakalanya boleh bermain berjam-jam lamanya dengan permainan yang mereka gemari.

Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: KidsEWorlds
Untuk bacaan lanjut kentang kepentingan Bermain sila ke entry sebelumnya di SINI


Tuesday 26 March 2013

Info:JalanRaya dan Kanak-Kanak


Semalam masa melawat Petrosains KLCC,
Ku ada baca sesuatu tentang Child's Eyes..
Ku sempat snap picca untuk share pada semua..
Semoga ibu bapa di luar sana lebih peka tentang keselamatan anak anda :)









Mengapa Kanak-Kanak Tidak Nampak Kereta???







Sumber: PETROSAINS NAGARA

Sunday 24 March 2013

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner


Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.

Howard Gardner mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:
"An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to successful political campaigns."   (Dalam David G. Lazear, 1991 : xi) 

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini.

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.


Verbal-Linguistik 
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik. 

Logik-Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

Kinestetik 
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

Muzik 
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

Naturalis
Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.