Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup kanak-kanak. Apabila dia beralih dari berdiri, berpegang pada perabot, kepada berjalan terhuyung-hayang menuju tangan anda yang terbuka luas hinggalah ke berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.
Bila ia berkembang
Pada tahun pertamanya, koordinasi dan kekuatan otot-otot badan bayi akan beransur-ansur menjadi lebih baik. Dia akan belajar duduk, meniarap dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.
Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan.
Jangan risau jika bayi mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.
Peranan orang dewasa
Semasa bayi belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.
Anda boleh menggalakkan bayi berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).
Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.
Seperti biasa, pastikan bayi ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan.
Bila harus bimbang
Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya, jika bayi lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.

Source:
http://www.babycenter.com.my/a1040467/detik-penting-dalam-perkembangan-bayi-berjalan
http://www.youtube.com/watch?v=J7VKukkm5Qk