Thursday 28 February 2013

Bagaimana membantu kanak-kanak belajar berjalan?

Bejalan
Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup kanak-kanak. Apabila dia beralih dari berdiri, berpegang pada perabot, kepada berjalan terhuyung-hayang menuju tangan anda yang terbuka luas hinggalah ke berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.



Bila ia berkembang
Pada tahun pertamanya, koordinasi dan kekuatan otot-otot badan bayi akan beransur-ansur menjadi lebih baik. Dia akan belajar duduk, meniarap dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.
Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan.
Jangan risau jika bayi mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Peranan orang dewasa
Semasa bayi belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.
Anda boleh menggalakkan bayi berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurkan tangan, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantunya bergerak ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).
Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.
Seperti biasa, pastikan bayi ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan.

Bila harus bimbang
Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya, jika bayi lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.



Source:
http://www.babycenter.com.my/a1040467/detik-penting-dalam-perkembangan-bayi-berjalan
http://www.youtube.com/watch?v=J7VKukkm5Qk

Wednesday 27 February 2013

Who is Glenn Doman?

Glenn Doman (a physical therapist), together with Carl Delacato (an educational psychologist), developed an approach to treating children with brain injury, published in 1960 in the Journal of the American Medical Association (JAMA).
In 1964, Glenn Doman, pub­lished his book, “How to Teach Your Baby to Read”. Par­ents all over the world began read­ing the book and that marked the begin­nings of The Gen­tle Rev­o­lu­tion. Today, more than two mil­lion par­ents have read How to Teach Your Baby to Read in Eng­lish and over 5 mil­lion copies have been published.



In the book "How to Multiply Your Baby’s Intelligence", Doman gives an overview of all his academic programs – reading, Math, and encyclopedic knowledge. The first program you should start your child with is the reading program because the ability to read is the window to all other knowledge. Once you have established the reading program, you should begin incorporating the Math program next.

For counting, Glenn Doman also has methods to teach numbers and equation to babies and toddlers using flashcards only consisting of red dots. This will help the child to relate the number to the amount- not the symbol.



“Very young children can and do learn to read words, sentences, and paragraphs in exactly the same way they learn to understand spoken words, sentences, and paragraphs.” – Glenn Doman

Source:
http://www.glenndomanonline.com/about-us/history.html
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Institutes_for_the_Achievement_of_Human_Potential

Tuesday 26 February 2013

Bila dah Kenal..Owh,Macam tu ke!



BISMILLAH..
ASSALAMUALAIKUM..
Hello!!! Would you like to be my fellow?
it's been a while since my first blog been deactivated...
Owh,,ya..ya..maafkan hamba...

KipasSusahMati: Kenapa deactivated dulu? 
MissTechno:Ada masalah..  
KipasSusahMati:Jangan-jangan kau malas nak menulis dan berkarya? Tak pun jari kau dah patah?Kau kena heck ekkk? 
MissTechno:Eh,tak la..mana ada,cumaaaa...
KipasSusahMati: Cuma apa? 
MissTechno: Masalah diri la..bukan senag nak hasilkan karya yang baik dan hati pun kena mau kental bila dikritik..Ku nie kan MukaBrutelDalamHatiAdaTaman...jiwa mudah tergores Bro!
KipasSusahMati:Hmm,patutlah..kami kecewa sgt bila kau tutup blog MissTechno dulu.. 
MissTechno:Owh yeke? Maaflah..Kali ni ku janji ku takkan kecewakan korang...Ku sudah ada MATLAMAT baru.. 
KipasSusahMati: Hoyeee..terimas!
MissTechno:Korang jangan terima kasih kat Ku, kena terima kasih kat Lecturer Ku sebab dah buat Ku menulis semula..
KipasSusahMati: Terima Kasih Dr.Z******h!!! Sarang-he-yo...

p/s: Dramapetang-petangmemangsyokkan??? (^_^)


Post ini Ku tulis as an Introduction kepada persoalan mengapa blog MissTechno wujud..
Of course dalam benak fikiran pembaca mesti kata Ku nie poyo nak buat intro bagai..
Dah rope presentation kat kelas..
But Ku apa peduli yang penting Ku nak bagi taw yang blog nie Ku buat supaya ia MeletopBommBoom dan fames macam k-pop (ok Ku overreact..Admittt!
No laaaaaaaaaa, (Ha,cuak!Ha,cuak! hahaha
Actually.....
This blog gonna focusing on Early Childhood Education Information dan yang sewaktu dengannya...
Since this semester Ku ambil subjek PPEK3104 Perancangan Program&Strategi Pengajaran v.1 yang mana ini adalah salah satu tugasan wajib...
Tugasan adalah tugasan dan markah adalah markah, ia tak mengubah apa-apa yang penting ikhlas kerananya...

Namun yang demikian,(acewahhhhh!)
Biar apa jua alasan TUGAS MENYAMPAIKAN adalah YANG UTAMA kerna sebagai Bakal Guru Ku fikir ilmu yang ada lebih molek dikongsi moga berkat sentiasa mendampingi..

Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: 
"Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


So....
Sebelum Ku tutup sesi kenal-kenal ni Ku harap kalian tak jemu untuk singgah lagi ke sini..

Kalau mahu tahu tentang Pendidikan Anak Kecil, disinilah tempatnya..
Kujanji pasti tak rugi datang kemari..
Adiosss..
Wassalam..

Awan mendung kerana resah,
Dipujuk dibelai pelangi pagi,
Setelah bertemu kita berpisah,
Ada umur bersua lagi.


Note:
There is no harm in saying hello to strangers, because you never know when any stranger becomes your true friend...