Tuesday 12 March 2013

Sejarah Prasekolah di Malaysia




Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Zaman Sebelum Merdeka
  • Tahun 1940 an telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British. Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah. 
Zaman Selepas Merdeka
  • Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India. 
Zaman 1970 an hingga Sekarang
  • 1970 KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luas bandar. 
  • Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). 
  • Tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. MPIK, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah. 
  • Tahun 1981- Yayasan Sabah telah menubuhkan Institiut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. 
  • Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. 
  • Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan. 
  • Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. 
  • Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment