Terdapat dua teori main kanak-kanak iaitu:
- Teori klasikal
- Teori moden
- Tenaga surplus - menerangkan bahawa main dimotivasikan oleh keperluan untuk membebaskan tenaga surplus.
- Relaksasi - menyatakan bahawa kita bermain kerana perlu untuk berehat dari tekanan yang kita hadapi sepanjang hari.
- Kartatik - menerangkan kita perlu bermain untuk meluahkan rasa sakit atau ketidakaturan dalam cara yang halus dan tidak memudaratkan.
- Persediaan - menyatakan bahawa main menyediakan kita kepada kehidupan dewasa dengan mengajar erti kerja berkumpulan, role playing dan mematuhi peraturan.
Antara teori moden yang diketengahkan ialah:
- Psikoanalitik - main telah dapat mengurangkan keletihan dengan memberi kanak-kanak deria yang dapat mengawal dunia mereka serta sebagai salah satu cara untuk meluahkan rangsangan yang dilarang.
- Kognitif - main menggabungkan pembelajaran yang telah mengambil tempat dan membenarkan kemungkinan sesi pembelajaran yang baru dalam cara yang berkaitan.
- Modulasi Arousal - dengan main, badan dapat dikekalkan pada tahap arousal optimum, menghilangkan kebosanan serta mengurangkan ketidakpastian.
- Mead - main dapat meningkatkan rasa sedar diri dalam erti kata lain identiti sendiri dan interaksi sosial dengan orang lain.
- Komunikasi dan Metakomunikasi Bateson - main telah dapat meningatkan kemahiran kepada kepelbagaian lapisan maksud kefahaman.
- Sosiobudaya - meningkatkan pemikiran abstrak dengan memisahkan makna objek dan aksi dengan objek dalam cara yang lebih simbolik serta mencapai persembahan mental dalam khidmat sosial dan peraturan-peraturan dalam masyarakat.
Main sosial terdiri daripada:
- Tingkah laku tidak berpenghuni (unoccupied behaviour)
- Tingkahlaku pemerhati (onlooked behaviour)
- Main solitari (solitary play)
- Main selari (parallel play)
- Main associate (associate play)
- Main kooperatif (cooperative play)
- Main simbolik (symbolic play)
- Main konstruktif (constructive play)
- Main dengan peraturan (games with rules)
- Main berfungsi (fuctional or practice play).
- Dari aspek sosial , main membantu kanak-kanak menikmati permainan yang dimainkan. Main juga mampu membentuk kerjasama yang erat di kalangan kanak-kanak. Mereka akan lebih peka dengan orang lain yang terdapat di sekeliling mereka dan belajar untuk menghormati mereka yang lebih tua. Mereka juga dapat mempelajari cara berinteraksi yang betul. Melalui main juga mereka belajar mengenai kerja berkumpulan dan dapat mengurangkan sifat mementingkan diri.
- Dari aspek fizikal pula kanak-kanak yang kerap bermain akan mengembangkan koordinasi di antara sistem saraf dan sistem otot. Main juga mampu meningkatkan kemahiran motor kasar individu. Contohnya pergerakan kaki dan tangan ketika berlari .permainan yang banyak melibatkan pergerakan fizikal juga akan meningkatkan kecergasan individu dalam aspek kelajuan, stamina,ketahanan dan kekuatan. Main juga boleh membantu membina tubuh badan yang sihat. Bagi permainan yang melibatkan kepantasan, main dapat membantu mengasah koordinasi mata tangan dan juga mata kaki.
- Dari aspek kognitif pula, main mampu merangsang kanak-kanak untuk menggunakan masa dengan sebaiknya terutamanya dalam permainan yang mempunyai peraturan tertentu. Selain itu, main juga mampu mencungkil pemikiran kreatif kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah. Kanak-kanak juga akan belajar merangka starategi dan teknik untuk memenangi sesuatu permainan tertentu. Melalui aktiviti main juga, kanak-kanak akan belajar untuk membuat keputusan spontan dalam mencapai matlamat permainan mereka. Perkembangan kognitif yang pesat juga akan membantu menyediakan mental kanak-kanak untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan dapat berfikir dengan rasional dalam mana-mana situasi.
- Dari segi bahasa, main dapat mengajar kanak-kanak mengenai perkataan yang baru apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain. Main juga menggalakkan penggunaan bahasa terutamanya apabila kanak-kanak bermain, mereka akan menamakan sesuatu objek yang mereka lihat sekaligus menambah bilangan perkataan yang mereka ketahui. Kanak-kanak juga dapat bercakap dengan bahasa yang betul apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain ketika bermain selain dapat bercakap dalam ayat penuh contohnya ketika memberi arahan. Di samping itu, melalui main juga kanak-kanak akan dapat belajar cara-cara untuk mengawal suara seperti lontaran vokal dan intonasi yang sesuai digunakan. Dengan adanya penggunaan bahasa yang betul kanak-kanak akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
- Dari aspek emosi pula, dengan bermain kanak-kanak akan merasa pelbagai perasaan. Contohnya perasaan gembira apabila memenangi sesuatu permainan. Selain itu, mereka juga dapat belajar mengawal emosi dalam sesetengah situasi. Contohnya apabila mereka menang atau kalah. Dengan bermain juga kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka. Kawalan emosi yang baik dipercayai dapat memberi keyakinan dan moral yang dapat membantu pemain di saat-saat genting. Semangat berpasukan juga dapat dibentuk. Main turut dapat mengurangkan keletihan dan tekanan apabila kanak-kanak dapat bergembira bermain dengan rakan lain. Peraturan yang ditetapkan dalam permainan juga membantu kanak-kanak menjadi lebih berdisiplin dan dapat mengawal diri mereka dari melakukan kesalahan. Apabila kanak-kanak bermain juga. Mereka akan lebih menghargai alam semulajadi dan juga semua ciptaan Tuhan.
- Dari aspek moral pula main dapat mengembangkan tingkahlaku dan perangai yang baik terhadap rakan sebaya dan juga orang lain. Mereka akanlebih mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan. Selain itu, di dalam permainan mereka akan saling mempercayai dan bantu membantu antara satu sama lain. Semangat kerjasama yang tinggi dapat mengajar kanak-kanak erti kerja berkumpulan dan cara-cara bersosial di dalam kumpulan. Mereka juga akan menjadi lebih jujur dan belajar bertolak ansur.
- Dari aspek intelektual pula, main membantu kanak-kanak memahami bagaimana sesuatu perkara terjadi. Mereka juga dapat belajar cara untuk menyelesaikan masalah dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran mental yang baru. Manakala dari aspek sosial pula, dengan bermain kanak-kanak dapat belajar mengenai jenis-jenis tingkahlaku sosial yang diterima dalam masyarakat. Mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai di samping dapat lebih memahami orang lain, belajar berkongsi dan bekerjasama
Aktiviti Bermain bagi bayi pada peringkat umur 0 - 6 bulan
1 hari - 1 bulan:
Pakaikan losyen sambil membuat urutan untuk bayi supaya dapat merangsang perkembangannya
Sebutkan nama dan tunjukkan jari tangan dan kaki bayi semasa memotong kuku.
2 bulan:
Biarkan bayi memegang pelbagai jenis barangan yang mempunayi rasa (licin, kasar, lembut) yang berbeza dan terangkan kepada bayi
Sentuh tubuh badan bayi apabila bercakap contohnya “Tom…Tom… Bak” sebagai cara untuk memperkenalkan tubuh badan bayi.
3 bulan
Tepuk tangan dan kaki semasa mandikan bayi
Telentangkan bayi sambil menarik kedua tangan, kepala akan terangkat dan akan menguatkan otot.
Pegang dan dirikan bayi.
4 bulan
Letakkan bayi di atas paha dan gerakkan paha.
Biarkan bayi bergerak kearah yang disukai.
Betulkan genggaman dan pegangan bayi ke atas sesuatu barang.
5 bulan
Galakkan bayi meniarap
Pegang kedua-dua belah tangan bayi dan tarik tangan bayi perlahan-lahan ketika dia berbaring hingga duduk.
Galakkan bayi bergerak dengan meletakkan barang permainan jauh daripadanya.
6 bulan
Menepuk-nepuk air semasa mandi.
Ikut mimik muka bayi dan anggap ini satu permainan.
No comments:
Post a Comment