Tuesday 23 April 2013

Tips Memilih Alat Permainan bagi Anak anda

Ibu Bapa mana yang tidak syangkan anak! itulah kata-kata yang adakalanya memakan diri..Jika dilihat dunia masa kini kanak-kanak adalah aset yang penting bagi pengeluar alat permainan mengaut keuntungan berganda, ini kerana setiap hari pasti ada saja ibu yang mengandung dan anak yang dilahirkan.

Strategi pemasaran sememangnya bijak memanipulasikan minda kanak-kanak dan ibubapa, ia selalunya bermusim dan mencipta inovasi-inovasi baru dalam permainan. Sebagai orang yang lebih dewasa, kita tidak boleh menghalang lumrah kanak-kanak untuk bermain kerana itu adalah semulajadi dan membantu perkembangan mereka NAMUN harus diingat, kitalah yang patut mencorakkan apa yang terbaik untuk anak-anak ini. Jangan kerana terlalu mengikut kata anak kita jadi cetek minda untuk menilai apa yang menjadi keutamaan iaitu KESELAMATAN anak tersebut.

Disini Ku ingin kongsikan Tips bagaimana memilih permainan untuk kanak-kanak, mengkin banyak lagi yang perlu diteliti namun biar sedikit tapi bermanfaat daripada banyak tapi tak dipandang.. :p

JANGAN!!!
  • Beli Alat mainan yang kecil, senang ditelan atau disedut melalui hidung 
  • Beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal
  • Beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
  • Membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan kanak-kanak tercekik.
  • Beli mainan yang mempunyai toksik kerana boleh meracuni mereka.
SILA!!!
  • Baca label pada permainan sebelum membelinya.
  • Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
  • Pastikan Alat mainan tidak boleh pecah serta meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
  • Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
  • Pastikan Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. 
  • Pastikan Alat permainan boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
  • Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
Semoga ia dapat membantu ibubapa diluar sana memilih alat permainan yang sesuai untuk anak anda, Ingatlah Jangan hanya cantik diluar tapi Rosak didalamnya ok!


Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pastikanpermainankanak-kanakadatandaMC//Article/article_print
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/178-kepenggunaan/5429-ada-alat-permainan-kanak-kanak-gugat-keselamatan.html
http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pilih-permainan-selamat-1.10918

Mengapa Alat Permainan penting bagi kanak-kanak?

Alat Permaianan adalah sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak ibarat "Dimana Ada Gula, Disitu Ada Semut". Adalah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak untuk merasa menikmati pengalaman bermain dengan alat permainan, seandainya kebebasan ini disekat maka berkemungkinan akan berlaku gangguan dalam perkambangan dan tumbesaran meraka pada masa akan datang.

Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Kanak-kanak boleh mencipta dunianya sendiri melalui permainan malahan permainan juga adalah salah satu cara atau bahan yang membantu dalam perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. Bagi bayi berumur 6 bulan hingga 4 tahun, adalah menjadi suatu kemestian dalam diari harian mereka untuk berdamping atau bermain dengan permainan. Kanak-kanak pada peringkat ini adakalanya boleh bermain berjam-jam lamanya dengan permainan yang mereka gemari.

Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: KidsEWorlds
Untuk bacaan lanjut kentang kepentingan Bermain sila ke entry sebelumnya di SINI