Alat Permaianan adalah sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak ibarat "
Dimana Ada Gula, Disitu Ada Semut". Adalah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak untuk merasa menikmati pengalaman bermain dengan alat permainan, seandainya kebebasan ini disekat maka berkemungkinan akan berlaku gangguan dalam perkambangan dan tumbesaran meraka pada masa akan datang.
Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.
Kanak-kanak boleh mencipta dunianya sendiri melalui permainan malahan permainan juga adalah salah satu cara atau bahan yang membantu dalam perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. Bagi bayi berumur 6 bulan hingga 4 tahun, adalah menjadi suatu kemestian dalam diari harian mereka untuk berdamping atau bermain dengan permainan. Kanak-kanak pada peringkat ini adakalanya boleh bermain berjam-jam lamanya dengan permainan yang mereka gemari.
|
Sumber: Google |
|
Sumber: Google |
|
Sumber: KidsEWorlds |
Untuk bacaan lanjut kentang kepentingan Bermain sila ke entry sebelumnya di
SINI
No comments:
Post a Comment