Tuesday, 26 March 2013

Info:JalanRaya dan Kanak-Kanak


Semalam masa melawat Petrosains KLCC,
Ku ada baca sesuatu tentang Child's Eyes..
Ku sempat snap picca untuk share pada semua..
Semoga ibu bapa di luar sana lebih peka tentang keselamatan anak anda :)









Mengapa Kanak-Kanak Tidak Nampak Kereta???







Sumber: PETROSAINS NAGARA

Sunday, 24 March 2013

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner


Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.

Howard Gardner mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:
"An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to successful political campaigns."   (Dalam David G. Lazear, 1991 : xi) 

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini.

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.


Verbal-Linguistik 
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik. 

Logik-Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

Kinestetik 
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

Muzik 
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

Naturalis
Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.

Friday, 22 March 2013

Belajar Melalui Bermain

Main mempunyai maksud yang tersendiri. Dari segi definisi, Knox(1968) telah mendefinisikan main sebagai medium untuk kanak-kanak belajar mengenai diri mereka dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan salah satu aktiviti spontan di mana kanak-kanak menimba pengalaman , membuat eksperimen dan mengadaptasi diri mereka ke dunia yang sebenar. Menurut Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan,1997 pula, main merupakan satu bentuk pembelajaran aktif yang dapat mengintegrasi minda, badan dan jiwa. Moyles (1998) pula menyatakan bahawa main distrukturkan oleh persekitaran, bahan dan isi kandungannya. Manakala Butterworth & Harris (1994) pula menakrifkan main sebagai aktiviti sukarela dan menyenangkan yang melibatkan kepelbagaian dan pengulangan di mana kanak-kanak dapat meneroka darjah kemungkinan perangai.

Terdapat dua teori main kanak-kanak iaitu:
  1. Teori klasikal 
  2. Teori moden 
Teori klasikal ialah satu medium yang cuba untuk menerangkan asal usul serta fungsi main.Terdapat empat jenis teori klasikal iaitu:
  • Tenaga surplus - menerangkan bahawa main dimotivasikan oleh keperluan untuk membebaskan tenaga surplus. 
  • Relaksasi - menyatakan bahawa kita bermain kerana perlu untuk berehat dari tekanan yang kita hadapi sepanjang hari. 
  • Kartatik - menerangkan kita perlu bermain untuk meluahkan rasa sakit atau ketidakaturan dalam cara yang halus dan tidak memudaratkan. 
  • Persediaan - menyatakan bahawa main menyediakan kita kepada kehidupan dewasa dengan mengajar erti kerja berkumpulan, role playing dan mematuhi peraturan. 
Teori moden pula ialah satu teori yang cuba untuk menerangkan mengenai kandungan main supaya mereka yang melakukan kerja dan yang berinteraksi dengan kanak-kanak dapat memahami apakah cara yang dapat membantu menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran.

Antara teori moden yang diketengahkan ialah:
  • Psikoanalitik - main telah dapat mengurangkan keletihan dengan memberi kanak-kanak deria yang dapat mengawal dunia mereka serta sebagai salah satu cara untuk meluahkan rangsangan yang dilarang. 
  • Kognitif - main menggabungkan pembelajaran yang telah mengambil tempat dan membenarkan kemungkinan sesi pembelajaran yang baru dalam cara yang berkaitan. 
  • Modulasi Arousal - dengan main, badan dapat dikekalkan pada tahap arousal optimum, menghilangkan kebosanan serta mengurangkan ketidakpastian. 
  • Mead - main dapat meningkatkan rasa sedar diri dalam erti kata lain identiti sendiri dan interaksi sosial dengan orang lain. 
  • Komunikasi dan Metakomunikasi Bateson - main telah dapat meningatkan kemahiran kepada kepelbagaian lapisan maksud kefahaman. 
  • Sosiobudaya - meningkatkan pemikiran abstrak dengan memisahkan makna objek dan aksi dengan objek dalam cara yang lebih simbolik serta mencapai persembahan mental dalam khidmat sosial dan peraturan-peraturan dalam masyarakat. 
Terdapat dua jenis main iaitu main sosial dan main kognitif.

Main sosial terdiri daripada:
  1. Tingkah laku tidak berpenghuni (unoccupied behaviour) 
  2. Tingkahlaku pemerhati (onlooked behaviour) 
  3. Main solitari (solitary play) 
  4. Main selari (parallel play) 
  5. Main associate (associate play) 
  6. Main kooperatif (cooperative play) 
Main kognitif pula terdiri daripada:
  1. Main simbolik (symbolic play) 
  2. Main konstruktif (constructive play) 
  3. Main dengan peraturan (games with rules) 
  4. Main berfungsi (fuctional or practice play). 
Kepentingan main
  1. Dari aspek sosial , main membantu kanak-kanak menikmati permainan yang dimainkan. Main juga mampu membentuk kerjasama yang erat di kalangan kanak-kanak. Mereka akan lebih peka dengan orang lain yang terdapat di sekeliling mereka dan belajar untuk menghormati mereka yang lebih tua. Mereka juga dapat mempelajari cara berinteraksi yang betul. Melalui main juga mereka belajar mengenai kerja berkumpulan dan dapat mengurangkan sifat mementingkan diri. 
  2. Dari aspek fizikal pula kanak-kanak yang kerap bermain akan mengembangkan koordinasi di antara sistem saraf dan sistem otot. Main juga mampu meningkatkan kemahiran motor kasar individu. Contohnya pergerakan kaki dan tangan ketika berlari .permainan yang banyak melibatkan pergerakan fizikal juga akan meningkatkan kecergasan individu dalam aspek kelajuan, stamina,ketahanan dan kekuatan. Main juga boleh membantu membina tubuh badan yang sihat. Bagi permainan yang melibatkan kepantasan, main dapat membantu mengasah koordinasi mata tangan dan juga mata kaki. 
  3. Dari aspek kognitif pula, main mampu merangsang kanak-kanak untuk menggunakan masa dengan sebaiknya terutamanya dalam permainan yang mempunyai peraturan tertentu. Selain itu, main juga mampu mencungkil pemikiran kreatif kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah. Kanak-kanak juga akan belajar merangka starategi dan teknik untuk memenangi sesuatu permainan tertentu. Melalui aktiviti main juga, kanak-kanak akan belajar untuk membuat keputusan spontan dalam mencapai matlamat permainan mereka. Perkembangan kognitif yang pesat juga akan membantu menyediakan mental kanak-kanak untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan dapat berfikir dengan rasional dalam mana-mana situasi. 
  4. Dari segi bahasa, main dapat mengajar kanak-kanak mengenai perkataan yang baru apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain. Main juga menggalakkan penggunaan bahasa terutamanya apabila kanak-kanak bermain, mereka akan menamakan sesuatu objek yang mereka lihat sekaligus menambah bilangan perkataan yang mereka ketahui. Kanak-kanak juga dapat bercakap dengan bahasa yang betul apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain ketika bermain selain dapat bercakap dalam ayat penuh contohnya ketika memberi arahan. Di samping itu, melalui main juga kanak-kanak akan dapat belajar cara-cara untuk mengawal suara seperti lontaran vokal dan intonasi yang sesuai digunakan. Dengan adanya penggunaan bahasa yang betul kanak-kanak akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. 
  5. Dari aspek emosi pula, dengan bermain kanak-kanak akan merasa pelbagai perasaan. Contohnya perasaan gembira apabila memenangi sesuatu permainan. Selain itu, mereka juga dapat belajar mengawal emosi dalam sesetengah situasi. Contohnya apabila mereka menang atau kalah. Dengan bermain juga kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka. Kawalan emosi yang baik dipercayai dapat memberi keyakinan dan moral yang dapat membantu pemain di saat-saat genting. Semangat berpasukan juga dapat dibentuk. Main turut dapat mengurangkan keletihan dan tekanan apabila kanak-kanak dapat bergembira bermain dengan rakan lain. Peraturan yang ditetapkan dalam permainan juga membantu kanak-kanak menjadi lebih berdisiplin dan dapat mengawal diri mereka dari melakukan kesalahan. Apabila kanak-kanak bermain juga. Mereka akan lebih menghargai alam semulajadi dan juga semua ciptaan Tuhan. 
  6. Dari aspek moral pula main dapat mengembangkan tingkahlaku dan perangai yang baik terhadap rakan sebaya dan juga orang lain. Mereka akanlebih mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan. Selain itu, di dalam permainan mereka akan saling mempercayai dan bantu membantu antara satu sama lain. Semangat kerjasama yang tinggi dapat mengajar kanak-kanak erti kerja berkumpulan dan cara-cara bersosial di dalam kumpulan. Mereka juga akan menjadi lebih jujur dan belajar bertolak ansur. 
  7. Dari aspek intelektual pula, main membantu kanak-kanak memahami bagaimana sesuatu perkara terjadi. Mereka juga dapat belajar cara untuk menyelesaikan masalah dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran mental yang baru. Manakala dari aspek sosial pula, dengan bermain kanak-kanak dapat belajar mengenai jenis-jenis tingkahlaku sosial yang diterima dalam masyarakat. Mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai di samping dapat lebih memahami orang lain, belajar berkongsi dan bekerjasama 


Aktiviti Bermain bagi bayi pada peringkat umur 0 - 6 bulan

1 hari - 1 bulan:
Pakaikan losyen sambil membuat urutan untuk bayi supaya dapat merangsang perkembangannya
Sebutkan nama dan tunjukkan jari tangan dan kaki bayi semasa memotong kuku.

2 bulan:
Biarkan bayi memegang pelbagai jenis barangan yang mempunayi rasa (licin, kasar, lembut) yang berbeza dan terangkan kepada bayi
Sentuh tubuh badan bayi apabila bercakap contohnya “Tom…Tom… Bak” sebagai cara untuk memperkenalkan tubuh badan bayi.

3 bulan
Tepuk tangan dan kaki semasa mandikan bayi
Telentangkan bayi sambil menarik kedua tangan, kepala akan terangkat dan akan menguatkan otot.
Pegang dan dirikan bayi.

4 bulan
Letakkan bayi di atas paha dan gerakkan paha.
Biarkan bayi bergerak kearah yang disukai.
Betulkan genggaman dan pegangan bayi ke atas sesuatu barang.

5 bulan
Galakkan bayi meniarap
Pegang kedua-dua belah tangan bayi dan tarik tangan bayi perlahan-lahan ketika dia berbaring hingga duduk.
Galakkan bayi bergerak dengan meletakkan barang permainan jauh daripadanya.

6 bulan
Menepuk-nepuk air semasa mandi.
Ikut mimik muka bayi dan anggap ini satu permainan.

Thursday, 14 March 2013

Teori Jean Piaget


Perkembangan kemahiran kognitif boleh didefinasikan sebagai kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran. Ia melibatkan mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menyelesaikan masalah, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusatkan kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat yang seterusnya.

Teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget banyak tertumpu pada tingkah laku kanak-kanak. Menurut beliau, bayi perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindakbalas yang sesuai terhadapnya.


Empat konsep penting yang diutarakan oleh Jean Piaget ialah:

Skema
Merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan ataupun skema seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya ialah memegang benda yang tidak menyakitkan seperti memegang jari ibu.
Skema yang ada pada bayi ini akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

Asimilasi
Adalah satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti suatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
contohnya, kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekali gus merasanya.
melaluinya, kanak-kanak akan dapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan “sebiji epal”

Akomodasi
suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan (mengasimilasi) persekitaran yang baru dan belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap ini sebagai suatu proses pembelajaran.
contohnya, kanak-kanak yang berumur 2 tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Adaptasi
merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.



Aplikasi Teori Jean Piaget dalam PERKEMBANGAN BAHASA
Manusia berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas dan terpeinci iaitu menggunakan bahasa yang pelbagai antara bangsa yang berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata, ekspresi emosi dan sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah bermula sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak.

Mengikut teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada tahap praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Para ahli psikologi berpendapat, sehingga kanak-kanak berumur empat tahun, mereka sudah menguasai kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis, dan wacana yang berhubungan dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979).

Kanak-kanak mudah menyerap semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga dan masyarakat di mana dia dibesarkan. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu jika dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris, lama-kelamaan akan fasih dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat. Bermula dengan perkembangan bahasa ego yang berfungsi mengungkap keinginan diri tanpa memerhatikan keinginan dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-anak menginginkan suatu keperluan, jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu kepada ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat menganggapi keinginan orang lain dalam berkomunikasi secara pragmatis dan mula menunjukkan minat untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu. Kemudian, pembentukan bahasa berkembang lagi setelah mula bersekolah sehinggalah mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti bahasa penulisan yang lebih formal. Pembentukan bahasa akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan perkembangan tersebut berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila manusia berlumba-lumba ingin menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya. Proses asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah dewasa.

Tuesday, 12 March 2013

Sejarah Prasekolah di Malaysia




Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Zaman Sebelum Merdeka
  • Tahun 1940 an telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British. Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah. 
Zaman Selepas Merdeka
  • Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India. 
Zaman 1970 an hingga Sekarang
  • 1970 KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luas bandar. 
  • Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). 
  • Tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. MPIK, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah. 
  • Tahun 1981- Yayasan Sabah telah menubuhkan Institiut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. 
  • Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. 
  • Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan. 
  • Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. 
  • Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Penting?


Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan satu program bagi merencanakan kanak-kanak dalam membimbing dan memperkembangkan potensi mereka agar kanak-kanak ini bersedia untuk membesar dengan matang dan sihat.

Menurut Datin Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara dalam satu artikalnya ada menyebut bahawa "Kita perlu melakukan pendidikan awal ini dengan segera sebab kita tidak mahu mengalami masalah kekurangan golongan cerdik pandai dan ketinggalan dalam perjuangan kearah usaha mewujudkan kemajuan transformasi. Usaha ini juga penting bagi mengelakkan kanak-kanak bijak ini tidak 'dirampas' oleh negara luar,". Ini jelas sama sekali menunjukkan bahawa kanak-kanak serta pendidikan awal adalah sangat penting dan perlu dipandang tinggi bagi menegelakkan berlakunya kehilangan aset besar negara pada masa akan datang.

Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Namun, sebagai orang yang lebih dewasa kitalah yang seharusnya menjadi contoh dan pembimbing kepada mereka.

Monday, 11 March 2013

Head Start Program



In January of 1964, President Lyndon B. Johnson declared The War on Poverty in his State of the Union speech. Shortly thereafter, Sargent Shriver took the lead in assembling a panel of experts to develop a comprehensive child development program that would help communities meet the needs of disadvantaged preschool children. Among these experts were Dr. Robert Cooke, a pediatrician at John Hopkins University, and Dr. Edward Zigler, a professor of psychology and director of the Child Study Center at Yale University.

Part of the government’s thinking on poverty was influenced by new research on the effects of poverty, as well as on the impacts of education. This research indicated an obligation to help disadvantaged groups, compensating for inequality in social or economic conditions. Head Start was designed to help break the cycle of poverty, providing preschool children of low-income families with a comprehensive program to meet their emotional, social, health, nutritional and psychological needs. A key tenet of the program established that it be culturally responsive to the communities served, and that the communities have an investment in its success through the contribution of volunteer hours and other donations as non federal share.

In the summers of 1965 and 1966, the Office of Economic Opportunity launched an eight-week Project Head Start. In 1969, under the Nixon administration, Head Start was transferred from the Office of Economic Opportunity to the Office of Child Development in the U.S. Department of Health, Education, and Welfare. Dr. Edward Zigler, who had served on the planning committee to launch Project Head Start, was appointed Director of the Office of Child Development. In 1977, under the Carter administration, Head Start began bilingual and bicultural programs in about 21 states. Seven years later, in October 1984 under the Reagan administration, Head Start’s grant budget exceeded $1 billion. In September of 1995, under the Clinton administration, the first Early Head Start grants were given and in October of 1998, Head Start was reauthorized to expand to full-day and full-year services.

Head Start was most recently reauthorized again in 2007, under the George W. Bush administration, with several provisions to strengthen Head Start quality. These include alignment of Head Start school readiness goals with state early learning standards, higher qualifications for the Head Start teaching workforce, State Advisory Councils on Early Care and Education in every state, and increased program monitoring, including a review of child outcomes and annual financial audits. The Head Start training and technical assistance system was redesigned to support programs through six National Centers and a state-based system to ensure success.

The statute also included a provision that regulations be promulgated to move programs from an indefinite project period to a five-year grant cycle. Programs would be required to demonstrate they are of high quality or a competitive grant opportunity would be made available within the community. In 2009, under the Obama administration, the American Reinvestment and Recovery Act added more than 64,000 slots for Early Head Start and Head Start programs.

Head Start has served nearly 30 million children since 1965, growing from an eight-week demonstration project to include full day/year services and many program options. Currently, Head Start is administered by the Administration for Children and Families (ACF) in the Department of Health and Human Services. Head Start serves over a million children and their families each year in urban and rural areas in all 50 states, the District of Columbia, Puerto Rico and the U.S. territories, including American Indian, Alaskan Native and Migrant/Seasonal communities.



What is Head Start?

Head Start is a comprehensive program for children from age three to five and their families. The goal of Head Start is to bring about a greater degree of social competence in young children, in particular those of lower-income families. Social competence is defined as a child's everyday effectiveness in dealing with both the present environment and later responsibilities.

Head Start programs provide a learning environment that supports children's growth in the following domains:
  • language and literacy 
  • cognition and general knowledge 
  • physical development and health 
  • social and emotional development 
  • approaches to learning. 
Head Start programs provide comprehensive services to enrolled children and their families, which include health, nutrition, social, and other services determined to be necessary by family needs assessments, in addition to education and cognitive development services. Head Start services are designed to be responsive to each child and family's ethnic, cultural, and linguistic heritage.

Head Start emphasizes the role of parents as their child's first and most important teacher. Head Start programs build relationships with families that support:
  • family well-being and positive parent-child relationships 
  • families as learners and lifelong educators 
  • family engagement in transitions 
  • family connections to peers and community 
  • families as advocates and leaders. 
Head Start Services

Head Start serves preschool-age children and their families. Many Head Start programs also provide Early Head Start, which serves infants, toddlers, pregnant women and their families who have incomes below the federal poverty level.

Head Start programs offer a variety of service models, depending on the needs of the local community. Programs may be based in:
  • centers or schools that children attend for part-day or full-day services
  • family child care homes
  • children's own homes 
where a staff person visits once a week to provide services to the child and family. Children and families who receive home-based services gather periodically with other enrolled families for a group learning experience facilitated by Head Start staff.
Over a million children are served by Head Start programs every year, including children in every U.S. state and territory and in American Indian/Alaska Native communities. Since 1965, nearly 30 million low-income children and their families have received these comprehensive services to increase their school readiness.

Source:
http://en.wikipedia.org/wiki/Head_Start_Program
http://www.kawerak.org/servicedivisions/cfs/hs/index.html
http://www.acf.hhs.gov/programs/ohs/about/history-of-head-start
http://eclkc.ohs.acf.hhs.gov/hslc/hs/about
http://www.youtube.com/watch?v=uKLPmpMcfPU

Monday, 4 March 2013

Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
Source:
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia

Saturday, 2 March 2013

Who is Arnold Gesell



Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952).

Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.



Peringkat Satu: dari 0 – 1 Tahun
Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau makanan.
Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya.
Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.
Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

Peringkat 2 : dari 1 tahun – 2 tahun
Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan'
Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

Peringkat 3 : dari 2 tahun – 3 tahun
Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa
Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

Peringkat 4 dari umur 3 tahun - 4 tahun
Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga
Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.

Peringkat 5 : dari usia 4 tahun ke atas.
Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.
Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.
Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah

Source:
http://en.wikipedia.org/wiki/Arnold_Gesell
http://www.youtube.com/watch?v=ByBRqMNTcNQ
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-arnold-gesell.html
http://bestnannynewsletter.blogspot.com/2010/05/developmental-milestones-parents-obsess.html